Pages

Saturday, July 16, 2011

Pendidikan Dalam Institusi Keluarga

Bila disebut isu pendidikan di dalam keluarga aku merasa terpanggil untuk menulis entri ini. Mak dan ayah aku bukan nya golongan terpelajar, mereka hanya lulusan SPM sahaja tetapi mampu mendidik anak- anak sehingga aku berjaya melangkah ke alam universiti. Alhamadulillah syukur ke hadrat illahi adik perempuan aku diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu bagi sesi September 2011. Aku sungguh gembira sebab adik aku berjaya masuk ke universiti. Bila aku ingat kembali sejarah zaman persekolahan aku rasa syahdu pula. Ayah sanggup berhabis duit kalu anak- anak dia nak belajar. Cakaplah apa sahaja, dia cuba tunaikan asalkan anak dia dapat belajar dengan senang hati. Mak pula selalu beri kata- kata semangat macam ni “ mak dan ayah takda harta nak tinggalkan untuk along dan adik-adik tapi mak ayah bagi along ngan adik2 pelajaran supaya ilmu itu boleh jadi harta untuk masa depan along dan adik-adik”. Aku tahu sekarang aku masih tak dapat nak balas jasa mak dan ayah sebab aku belum lagi tamat pengajian tetapi masa itu akan tiba untuk aku gembirakan mereka.


Tetapi sejauh manakah kepentingan pendidikan dalam keluarga masa kini? Bagi keluarga aku pendidikan sangat penting. Tetapi bagaimana keluarga yang lain? Adakah ibu bapa tidak kisah tentang pendidikan anak- anak? Cukup kah dengan hanya anak-anak tamat tingkatan 5 ? Adakah ibu bapa mahu anak mereka seperti mereka kerja kilang? Kerja dengan pendapatan RM1000 sebulan?


Mari sama-sama kita renungkan……

Friday, June 17, 2011

Leadership

Memandangkan aku akan pulang ke Sitiawan pada hari sabtu ini, ia sedikit sebanyak mengimbau kenangan silam di zaman persekolahan ku. Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam (SMKAB) begitu banyak menyimpan kenangan dalam mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna. Jikalau aku tidak menyertai tingkatan enam pada tahun 2007 mungkin aku tidak dapat memasuki UIAM dan ketika di tingkatan enam aku diberi peluang memimpin. Di SMKAB aku belajar bagaimana untuk menjadi seorang ketua apabila aku dilantik menjadi Ketua Pengawas Sekolah bagi sesi 2008. Ketika itu terdetik dalam hati aku "layakkah aku memimpin sedangkan diri sendiri tidak terpimpin?". Persoalan itu sering bermain dalam fikiran aku ketika aku dilantik menjadi ketua pengawas sekolah. Namun persoalan itu terjawab dengan sendiri nya apabila aku tempuhi pelbagai pengalaman dan dapat aku simpulkan apabila aku memimpin insan lain dengan hati yang ikhlas secara automatik nya aku akan dapat memimpin diri sendiri. Kemudian terdetik pula dalam hatiku"bagaimanakah sikap aku yang lepas? dapatkah pelajar lain hormat aku setelah mereka tahu sikap aku sebelum ini". Aku menjadi bingung ketika itu sehinggalah aku terbaca sepotong ayat yang bermaksud dalam bahasa inggeris " it not about who we are in the past but who we are right now" yang boleh aku katakan tindakan kita pada masa sekarang mencerminkan diri kita dan bukannya siapa kita dan apa kita lakukan dahulu.

Dari pelbagai pengalaman yang telah aku tempuhi aku telah mempelajari bahawa seorang pemimpin atau ketua harus mempunyai iaitu dipanggil "helicopter views" atau pandangan helikopter yang bermaksud seorang ketua harus memandang dan mentadbir sesebuah organisasi secara menyeluruh dan tidak memandang dari hanya sesetengah sudut. Apabila ketua tersebut memandang dari sudut-sudut tertentu maka akan berlaku keadan yang dipanggil berat sebelah dan ia akan menjejaskan keputusan yang bakal dibuat.


 

Blogger news

Blogroll


ShoutMix chat widget

About

.: sYok.Org :