Bila disebut isu pendidikan di dalam keluarga aku merasa terpanggil untuk menulis entri ini. Mak dan ayah aku bukan nya golongan terpelajar, mereka hanya lulusan SPM sahaja tetapi mampu mendidik anak- anak sehingga aku berjaya melangkah ke alam universiti. Alhamadulillah syukur ke hadrat illahi adik perempuan aku diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu bagi sesi September 2011. Aku sungguh gembira sebab adik aku berjaya masuk ke universiti. Bila aku ingat kembali sejarah zaman persekolahan aku rasa syahdu pula. Ayah sanggup berhabis duit kalu anak- anak dia nak belajar. Cakaplah apa sahaja, dia cuba tunaikan asalkan anak dia dapat belajar dengan senang hati. Mak pula selalu beri kata- kata semangat macam ni “ mak dan ayah takda harta nak tinggalkan untuk along dan adik-adik tapi mak ayah bagi along ngan adik2 pelajaran supaya ilmu itu boleh jadi harta untuk masa depan along dan adik-adik”. Aku tahu sekarang aku masih tak dapat nak balas jasa mak dan ayah sebab aku belum lagi tamat pengajian tetapi masa itu akan tiba untuk aku gembirakan mereka.
Tetapi sejauh manakah kepentingan pendidikan dalam keluarga masa kini? Bagi keluarga aku pendidikan sangat penting. Tetapi bagaimana keluarga yang lain? Adakah ibu bapa tidak kisah tentang pendidikan anak- anak? Cukup kah dengan hanya anak-anak tamat tingkatan 5 ? Adakah ibu bapa mahu anak mereka seperti mereka kerja kilang? Kerja dengan pendapatan RM1000 sebulan?
Mari sama-sama kita renungkan……







